06 January 2012

Program IGCSE - MRSM

Ini Fathi. 

Alhamdulillah, syukur ya Allah. Mungkin doa soulmate ketika di tanah suci dimakbulkan. Along berjaya dalam permohonannya ke program IGCSE - MRSM ni, dan dia ditempatkan di MRSM Batu Pahat.

Sebenarnya baru kejap tadi, soulmate BBM..


Apelagi, terus check online, betulkah sebab semalam baru check MARA website takde ape2 berita pun. Dan dah macam menerima dia tak dapat masuk asrama.

Sekali bila check di http://spmrsm.mara.gov.my/semakan .... 


Alhamdulillah.

Sekarang time ibu nak meleleh pulak, alamak anak dah ready nak meninggalkan rumah untuk alam yang baru, tapi ibu ini tak confident anaknya boleh menguruskan diri sendiri. Lagipun dengan siapalah ibu nak bergurau, dengan siapalah Fahim nak main nanti... sob sob

Sekarang kena ready kan kelengkapannya pulak. Hari tu semua dah beli.. baju sekolah, sampin, baju koku dan buku semua dah beli dah. Ni kena beli lain ler jawabnya. :)


Fahim nak main gusti-gusti dengan siapa nanti?

7 comments:

  1. da buleh buat adik fahim dah... eh

    ReplyDelete
  2. Tahniah2.

    Jadi orang kampung saya la nampaknya lepas ni. :)

    ReplyDelete
  3. SALAM.. ANAK SAYA BARU NAK MOHON KE MRSM U TAHUN 2013.. NAK TANYA .. MASA INTERVIEW APA SOALAN2 YG BIASA DISOAL??? TQ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sori lambat balas.

      Sebenarnya masa interview tu apa2 soalan boleh ditanya, saya rasa mereka nak tengok kebolehan berbahasa Inggeris dan tahap keyakinan diri anak-anak kita sahaja.

      Soalan biasa cerita tentang anak saya, hobi atau apa yang dia suka. :)

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete