Selepas habis mengagumi bentuk Chicken Island, kami berhenti di Poda Island. Poda Island adalah pulau persendirian, dan di sini ada pelbagai kemudahan asas disediakan. Di sinilah kami menikmati makan tengahari dan aiskrim yang sangat mahal - RM70 untuk 5 batang :p. Seperti pulau-pulau sebelumnya, pantai dan lautnya sangat bersih dan dijaga. Dan sekali lagi semua mandi manda sambil posing tak ingat orang lain, sebab kecantikan tempat ini. Nasib baik beli tikar, dan bawa makanan. Memang santai.
 |
| Ini semua disettlekan dek kapitan dah. Masuk pakej. Lagipun dah bayar "duit" taman negara dekat pulau pertama tu. |
 |
| Signboard tsunami. |
 |
| Yang bertutup litup semua local. Yang pelancong semua 2 piece. |
 |
| Poda Isle ada satu pulau batu kat tengah laut sikit, boleh lalu kalau low tide. Fahim (yer, dia pakai baju tido aje) sebenarnya dah turun ke laut dalam paras betis, dan tengoklah airnye yang jernih superb tuh. |
Sambil berehat - menggelamun - mandi tu, teringat apekah pulau Phi Phi lagi cantik daripada ini. Daripada poskad dekat lobi resort, memang cantik giler dgn teluk yang sangat cantik. Dan tertanya kepala pulau kita yang cantik juga sebenarnya tak sejernih air di sini dan tak sebersih pulau di sini. Attitude orang kah?
Di sini kami berehat lama jugak, sebab adik ipar dah cedera pulak. Too hot atau too much sea buat hidung dia berdarah. Dan apabila matahari membahang yang amat, kami beredar ke pulau terakhir pula. Tapi kat sini, matahari membahang tapi airnya sangat sejuk... lagilah nak berendam. Confuse tau!
Destinasi terakhir sebenarnya sebelah pekan Ao Nang aja, tapi not accessible by road, hanya by sea. Rai Le Bay - Phra Nang Cave. Teluk yang tersangatlah cantik ini ada pantai yg panjang tapi ada sesetengah kawasan akan ditenggelami air jika air pasang. Dan di hujung pantai ini ada gua yang digunakan untuk aktiviti rock climbing, dan di hujung sebelah lagi ada Phra Nang Cave (gua lagi), tempat yang agak cantik juga. Rai Le Bay ada beberapa resort yang mewah, semuanya harga atas RM500 semalam. Tapi masih boleh dikunjungi oleh pelanconglah, cuma kawasan hotel tu ditutup dengan pagar untuk mengelakkan pelancong yang bukan tetamu hotel menggunakan kemudahan ekslusif yang ada. Kami bersantai di sini sampai petang, siap makan lagi - beli jagung bakar di bot dan sempat tidur ala mat saleh. Maklumler, bila lagi nak menjadi mat saleh celup kan. Tidur telentang dan telangkup sebijik mcm minah saleh. Mari enjoy gambar lagi.
 |
| Ambil gambar sambil berbaring di atas tikar yang dibeli di pekan Ao Nang. Lihatlah betapa pendeknya jarak pantai ke laut. Di sinilah juga spot tido sambil diteduhi pokok dan dibuai angin laut Thailand. Bliss! |
 |
| Sepanjang pantai terdapat bot yang menjual makanan. Lebih murah harganya daripada bot di Poda Island. Jagung bakar, air tin, air jus, nasi goreng semuanya ada. |
 |
| Phra Nang Cave. Bila sunset orang suka dok dalam gua dan atas-atas batu tu , nampak sunset dari hujung horizon. Saye ade beli satu poskad gambar sunset. Nak tangkap sendiri malas pula nak tunggu senja :) |
 |
| Pemandangan dari Phra Nang Cave, menghala ke gua tempat orang rock climbing. Di sebelah kiri gambar ade lagi satu pulau batu kecik yg cantik juga. Boleh nampak kot, semuanya mat n minah saleh aje. |
 |
| Anak-anakku mandi sampai hujung tu.. lalu batu2 tu. Ade orang rock climbing. |
Cantik kan? Laut dia walaupun tepi perumahan dan resort tapi masih crystal clear. Pantai dia bersih, pasir dia sangat halus n takde pun kerang ke batu kecik ke. Hmm.. kalau ada rezeki pergi lagi, akan kujejakkan kaki ke sini!
Dekat pukul 4 kot, dengan badan yang letih kami berangkat balik ke Ao Nang Beach, dan terus balik ke hotel. Tapi budak2 masih tak puas, terjun kolam pulak. Adoyai mana tak hitam legam bila balik Malaysia nih!
Malamnya, nak try makan di restoren. Ade satu restoren berdekatan namanya Orchid kot, dan budak waiter yang dok kat luar panggil2 orang tu tahu cakap kelantan. Rupanya belajar di Pattani yang ramai schoolmate kelantan! Agak confident la nak makan di situ. Harganya mahal sikit daripada Jamai, dan rasa masakan dia lebih kurang sama aje. Dan lepas makan kami beramai-ramai berjalan-jalan di sepanjang jalan tu sebab ada peniaga-peniaga gerai. Adalah lukisan, cenderamata, lori jual alchoholic drinks dan macam-macam lagi. Tapi tak lah sehebat Krabi Night Market. Belilah sikit barang untuk budak-budak tu. Tapi sebab harga starting dah mahal, malas la nak membeli. Dan lepas tu terus balik ke hotel/ resort dan nego pakej untuk esok lak. Adoyai dilema betullah pilih tempat yang nak pergi ni. Tapi dilema tu kita sambung next entry yer. :) Daaaaa
 |
| Hero dan heroin cerita ini. Di kedai jual cermin mata comel-comel, dan yang belah kanan tu kira duit untuk pakej keesokan harinya. |
 |
| Makanan di restoren. Ayam goreng, ikan siakap masak stim lemon, sayur campur goreng, ayam masak gajus dan tomyam seafood. |
0 comments:
Post a Comment