Pages

14 December 2011

13th Anniversary Celebration - Krabi Thailand Episode III

Oppsie. Sorry buat you alls tertunggu-tunggu cerita tak habis ni. Stended la konon macam telenovela, tang saspens tu la tetiba keluar perkataan 'Disambung'. Hehe

Kita sambung dengan cerita hari keduanya yer. Pagi-pagi tu dah bangun breakfast, maklumlah semangat nak island hopping. Breakfast dia walaupun tak seberapa, tapi sedap-sedap belaka. Ade nasi putih dengan lauk pauk, juga buah-buah tropika, dan roti. Jus nenas yang fresh tu amat sedap! Rasenye di Siam saye memang minum jus nenas sahaja, samada jus nenas atau jus nenas + susu. Mabeles sangat! Kat sini try nenas tak semanis n sesedap kat sana ler. :)

Then gedebak gedebuk dgn misscommunication lagi akhirnya pukul 9 pagi waktu Siam, kami pun memulakan pengembaraan menjejak pulau-pulau ternama dalam pakej 4 islands nih. Jadinya kami sewa long tail boat, hanya 2500THB untuk sehari, dan ikut suka nak pergi pulau mana dulu dan nak duduk berapa lama. Memandangkan takde tour guide dan lunch, makanya kami dah siap2 pack lunch dari restoren hotel. Nasi goreng ayam yang lengkap dengan sambal, salad dan cili jeruk sedap giler. :)


Perjalanan yang mengambil masa tak sampai 20 minit tu membawa kami ke lautan Selat Melaka tetapi sangat cantik jernih airnya dan dikelilingi pulau-pulau batu kecil yang menarik. Melalui pembacaan sebelum ini, adalah digalakkan menaiki speedboat kerana cepat sampai ke pulau sebelum pulau tu crowded. Tapi kalau nak ke Phi Phi Isle mungkin berbaloi lah, kerana jauh letaknya dari Ao Nang. Tapi memandangkan kami nak ke pulau berdekatan sahaja, agak best sebab boleh ambil masa menghayati ciptaan Allah yang sangat sangat hebat tu. Rasa macam kat Tasik Kenyir pun ada, sebab pulau2 merata, tapi air di Tasik Kenyir warna hijau pekat.. tak jernih la. Rasa macam island hopping Langkawi juga, tapi pulaunya tak serapat n sedekat mcm di sini la.


Akhirnya, sampailah kami ke tempat yang dituju. Subhanallah, memang sangat takjub sebab sangat cantik tau tempat tu. Memang macam dalam gambar. Sangat bersih, sangat cantik. First tempat kami pergi, namanya Thalae Whaek atau maksudnya Divided Sea atau Separated Sea.
The Divided Sea is an infinite Unseen feature. Every 12th day of the waning and the maxing moon to the 5th day of the new moon, the tide is at its peak obb and flow, resulting in a phenomenon of divided sea, when the sea recedes and the sand dune emerges between Koh Thap, Koh Mo and Koh Kai. After sunset, tens of thousands of flying foxes taking flight from teh caves in Ko Kai, lasting hours to complete.
Best time to visit: Late November - May

Masa kami sampai, laluan pasir panjang tu mulai ditenggelami air tapi masih boleh diredah. Paras buku lali la kiranya. Jadi kami semua pegi buat fish feeding dulu berbekalkan roti putih yang dibeli kat 7E. Sambil mengambil gambar la tu. Memang gila ambil gambar. Posing sana sini. Habis ikan-ikan tu glamer!


Lepas tu saye dan soulmate pun cuba meredah beting pasir yang paras airnya dah mencecah betis. Itupun sebab dah makin ramai pelancong datang dan pulau yang comel tu makin padat dengan orang.  Rase dia macam berjalan di pantai biasa, tapi tarikan ombak di kedua-dua belah beting pasir tu membuatkan saye sedikit gayat dan akhirnya perjalanan menyeberang ke pulau seberang berhenti di suku jalan ajer. Kami patah balik tapi sempatlah ambil gambar lagi. Fuhhh.


Setelah hampir sejam lebih kat sana (rasanyalah, lost sense of time sebenarnya) maka kami berpakat untuk ke pulau lain pulak. Kapitan boat iaitu Encik Yusuf mengikutkan ajer. Hehe Dan sebenarnya kami dibawa ke tengah sikit tapi masih di pulau yang sama untuk snorkeling. Oh air yang sangat dalam tapi sangat jernih dan sangat banyak ikan mengundang rase nak terjun yang amat, tetapi life jacket yang tak ikut saiz menyebabkan kami semua kecuali soulmate dan adik ipar tak turun snorkeling. Sedikit sayanglah di situ tapi demi keselamatan, tak sanggup nak gadaikan nyawa demi snorkeling sahaja kan.

Dalam 20 minit lepas tu, kami bertolak pula ke sebelah belakang pulau yang sama. Oh, barulah nampak Kai nye. (Koh = pulau). Koh Kai atau lebih glamer dipanggil Chicken Island mendapat namanya daripada bentuk batuan pulaunya yang menyerupai ayam. Tak percaya tengok gambar kat bawah ni.


Sangat sama kan? Macam ayam yang sedang mengeram aje lagaknya. Tapi kat sini sekadar ambil gambar aje, tak turun pun. Orang berkayak pun takde. Tak tahulah mengapa.. takut kena tahi ayam tu kot.. opps! Info pasal Kai Island ni..

Koh Kai or Dam Hok Dam Khwan Island is the origin of Thalae Whaek. To the south of the island, there is an amazing rock sculpture in fowl-head with prominent beak protuding when viewed from an appropriate angle.

Alahai, rase macam kena stop dulu ni. Kita sambung lagi yer... :)

2 comments:

  1. Best Best Best! Brp damage belanja? Gue pon nak bwk anak bini pg sana lah

    ReplyDelete
  2. Hehehe damage bergantung pada berapa orang, off season ke peak season, hotel n pakej.

    Yg kitorang nye dalam RM4K semua. Tambah tolak sbb makan n souvenirs la.

    ReplyDelete