Pages

05 December 2011

13th Anniversary Celebration - Krabi Thailand Episode II

Hehe feeling2 macam Star Wars lak, ade episod2 kan.

Saye stori mori pasal tempat kami menginap dulu yer. Namanya Ao Nang, Mueang dalam Krabi. Macam Kajang dalam Hulu Langatlah. Krabi bukan pulau, tapi dalam Krabi ade banyak taman negara dan pulau2 selat melaka dan laut andaman. Macam Terengganulah kan, dekat Marang dia ade jeti untuk ke pulau2 mcm Kapas, Perhentian dan Redang. Ao Nang lah pusat pelancong sebenarnya, tapi Ao Nang Beach bukanlah pantai yang paling femes kat situ. Sebelah Ao Nang Beach ialah Noppharat Thara Beach, secluded sikit dan resort2 mewah kebanyakan kat situ. Ao Nang Beach jadi tempat atau pusat bot2 pelancong (long tail boat/ speed boat) ambil orang ke pulau2.

Setelah berjaya akhirnya menjejakkan kaki ke Thailand, dekat airport lagi sebelum lepas imigresen, masing2 dah bergambar sakan termasuklah dengan papan tanda dan pondok telefon. Pedulikan pandangan orang, sebab mungkin lepas ni kita tak berpeluang jejak kaki lagi kat situ kan. Gambar aje jadi kenangan :) Dalam flight kami tu, hanya 4 keluarga aje pasangan melayu, yang lain mat saleh (kebanyakan europe) dan cina. Bayangkan betapa kurangnya pelancong melayu ke sini. Satu pasangan tu honeymoon couple, inai masih di jari. Lagi 2 tu keluarga saye dan adik ipar. Satu keluarga lagi keluarga Ir Dr Hassan UKM, jiran lama kami di Kajang Utama. Lihatlah betapa keciknya dunia, dalam flight pun boleh duduk sebelah menyebelah tahu. Padahal dia sekarang duduk Seksyen 4 dan saye Seksyen 3 dan tak pernah bertembung pun. :D

Krabi Airport. Kecik je. 

Lepas imigresen, kami ambil bas ke resort. 600thb semuanya. Rasa macam dah murah la konon. Tapi sebenarnya mahal la sebab 600thb tu boleh dapat taxi. Perjalanan sejam setengah juga, sebab bas tu berhenti beberapa kali di pejabat travel, dan juga menurunkan penumpang. Sepanjang perjalanan tu rasa macam dari Gua Musang ke Kota Bharu je, feels like home. Fahim la yang paling seronok, sebab dia dapat naik kapal terbang dan naik bas pulak.

Inilah pemandangan sepanjang perjalanan ke Ao Nang. 

Then bila bas dah mula turunkan penumpang, kami mula tertanya2 apasal bandar dia biase aje, mcm pekan kecik aje. Cuma penuh dgn orang luar. Dan Ao Nang pun pekan kecik aje, ade satu jalan besar dan kiri kanan tu adalah shop lots yang samada resort atau kedai. Dan penuh moto2 berbumbung yang jual makanan2 tepi jalan. Ade mat saleh tu nak ke Krabi Resort tapi bas berhenti depan Krabi Hospital. Dia pelik kami pun pelik, rupanya di sebalik tu ada tangga ke resort. Sama kes macam resort kami jugak. Dari depan masa turun tu macam kedai aje, luas dalam 10 kaki je, tapi bila masuk ke dalam, kat belakang tu luas haaaa, siap ada swimming pool bagai. 

Urusan check-in sangat simple, bagi aje kupon yang diprint dari sawadee.com tu dan setel. Dapat kunci tingkat atas sekali. Berbaloi, sebab pemandangan cantik sangat. Dan walau resort tu cuma 3 bintang aje tapi segala kemudahan lengkap - wifi, perkakasan mandi dan channel tv sampai berbelas2. Seberang jalan kedai, kiri kanan pun kedai. Sangat sangat convenient. 

Tak sempat berehat lama pun dalam bilik, bebudak dah sibuk nak mandi kolam. Dan saye and soulmate pun berdetinglah meninjau2 pekan kecik itu mencari kedai souvenir murah, dan survey pakej2 aktiviti yang ada. Kedai souvenirs berderet2 sepanjang jalan. SEPANJANG JALAN tau, dekat 2km kot. Tapi diingatkan dengan kekangan bahasa yang sangat ketara (diorang mmg tak reti ckp english langsung), kalkulator ajelah yg diguna untuk tawar menawar. Dan, cara tawar menawar paling efektif ialah harga yang dia kasi tu kamu bahagi lebih kurang separuh, then baru upkan sikit demi sikit. Contohnya kalau seluar mandi tu 350thb, kamu mintak 200 ke, dan tgk sampai mana dia nak nego. Agak2 mahal jugak, keluar aje dan masuk kedai lain. Hahaha

Oleh kerana saye sudah survey aktiviti yang best untuk dibuat di Krabi, dalam kepala dah mencongak2 lah esok dan lusa nak buat apa. Dan jangan risau, selang 5 langkah mesti jumpa ejen pelancongan punya, samada ulat ataupun kampeni tu sendiri di celah2 kedai. Dan diorang letak siap2 harga pakej tetapi masih boleh dinego lagi, janji kamu reti tekan kalkulator. Ape aktiviti yang ade? Ha pilih pilih antara yang ni: -


  • Four Islands (Sekitar Ao Nang aje, masih dalam Selat Melaka)
  • Phi Phi Island (Jauh, tapi cantek. Maya Beach tempat Leornado berlakon tu dalam pakej yg ni, juga viking cave)
  • Hong Islands (Tempat snorkeling terhebat!)
  • Elephant Trekking (Naik gajah n meronda dalam hutan atau kawasan sekitar)
  • Emerald Pool (Tempat ni cantik giler, air kaler hijau-kuning, gambar dia membuatkan aku nak pi Krabi)
  • Hot Springs 
  • James Bond Island (Pulau2, salah satu tempat shooting filem James Bond tahun 80-an kot)
  • White Water Rafting 
  • Canoeing (Byk tempat boleh canoeing, bergantung pada mana pulau kamu nak pegi)
  • Sightseeing Krabi (Round around town tgk tinggalan sejarah, mangrove dll)

Dan banyak lagi. Banyak-banyak pulau tu untuk snorkeling la. Semua pulau2 yang berlainan, pilih nak yang dekat atau yang jauh, atau nak pulau di Laut Andaman ke pulau sekitar Selat Melaka. Semuanya cantik2 belaka dan memang tak ternodalah kiranya. Dan harga pula start dari 800thb seorang, dan bertambah ikut aktiviti yang nak dibundlekan, nak lunch ke tidak, semua diambil kira. 

Sambil berjalan2 tu terjumpa sorang mamat ni namanya Dollah. Dia offer bot untuk 4 islands 2500thb, sepanjang hari bot tu kitorang punya. Macam murah, jadi kitorang terus amek bot dengan dia untuk keesokan harinya. Setel aktiviti esok. Jadi lepas tu sambung jalan2 sambil tengok sunset, dan survey souvenirs lagi. Oh mahal okeh barang kat sini. Sepit rambut kat sinma tu RM18 je dia jual RM30 lepas convert ke duit kita. Minta kurang pun RM20 je dia nak. Tshirt rata2 RM13 ke atas, melainkan kamu beli sangat byk dapat diskaun lebih. Fridge magnet pun mahal, takdenye RM10 dapat 5. Semua paket keychain RM10 tokleh tawar lagi. Fridge magnet RM5 sebijik. Fuhh berpeluh2 pikir nak beli ke tidak tau. Takpelah, last day lah baru beli. Takut duit tak cukup.

Malam tu kami makan malam kat kedai depan resort, Jamai Restaurant nama dia. Tapi mcm gerai ajelah. Confidentnya sebab minah tukang masak tu reti cakap Kelantan. Senang order dan makan pun tanpa was-was. Sedap lak tu. Cuma jangan terkejutlah semua kedai ade jual minuman beralkohol. Jamai ni tak jual, tapi kedai sebelah dia jual dan dia tak larang pun mat saleh tu minum kat kedai dia. Makan malam untuk 2 famili dalam RM70, kira OKlah kan. 

Lepas makan budak2 pun penat n nak tido, dan kami pun rasa dah tak larat nak meronda. Nak simpan tenaga untuk esok kononnya. Tapi sebelum tu dok borak2 la dengan soulmate pasal pekan ni. Pekan ni sangat menarik dan sangat berbeza dengan tempat pelancongan di Malaysia. Satunya diorang tak bangunkan kawasan tu pun, tak macam Melaka contohnya kawasan pelancongan dengan resort besar2 dan hebat2 dan caj cultural heritage tax pulak. Resort2 kecik tu mengekalkan keadaan pekan tu macam pekan kecik tapi very lively. Dan murah. Kat Melaka dapat hotel RM80? Hotel Seri Malaysia pun dekat RM200 dah you! So that means pelancong tak perlu pun hotel hebat2, yang biasa pun takpe janji selesa n murah. Lagi satu orang diorang memang tak pandai cakap english, dia sebut finish tu finit. Tapi bila dia cakap finit sambil tangan buat sign habis, pahamlah kamu yang dia nak cakap finish sebenarnya. Same macam rice, dia sebut ri aje, ce tu dah hilang. Huhuhuhu Orang sini kalau sambut omputih dia lebih omputih, sana sebut sawadee aje dek non. Kebudayaan #1! 

Ah, penat dah menaip ni. Kita sambung esok lagi yer.... tungguuuuuuu!!!!

Inilah jalan besar, dan itulah pintu utama resort tempat kami menginap tempoh hari.
Saye mengambil gambar ini dari depan Jamai Restaurant.

Tengok, bila dah masuk ke dalam, baru nampak keluasan resort ni. Macam flat aje kan, tapi sangat puas hati.

Inilah jalan utama dan kedai2 di kiri dan kanan jalan. Keadaan muka bumi dia mmg banyak bukit2 batu  macam dalam background tu, menjadikan tempat ni sangat cantik bagi saye.

2 comments:

  1. wak X penah gi siamm heee... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

    ReplyDelete