Pages

04 December 2011

13th Anniversary Celebration - Krabi Thailand

Hearts bloggers!! Saye masih dalam mood holiday dan masih dalam keadaan arang terbakar :)

Nak cerita dan berkongsi info sebenarnya mengenai percutian merangkap sambutan ulangtahun perkahwinan ke 13, dan juga harijadi anak saudara yang ke.. 5 tahun, dan Along UPSR 5A. Sebagai panduan, dan sebenarnya saya mahu kamu semua pergi ke tempat ini sebab tempat ini sangat awesome!

Asalnya, dalam hujung tahun lepas atau awal tahun ni saya blogwalking dan jumpa satu blog yang cerita pasal dia pergi Krabi. Dia cerita panjang lebar juga tapi dia cuma cerita tempat tu menarik dan murah - Siam aje kan.  Dan saye pun google la pasal Krabi dan dapat tahu tentang pantainye yang sangat cantik dan juge Emerald Pool yang superb! Ade saye post dekat fb gambar2 tu. Tapi memandangkan masa tu bebudak baru naik sekolah, takdelah fulusnye nak pergi. Saye ingat masa tu AirAsia buat promo dalam RM300 per pax, tapi soulmate taknak pergi berdua. Dia kata baik pergi semua, baru adil. OK sebenarnya soulmate ni memang tak reti berjalan jauh2 bercuti tanpa famili, lain ler kalau pasal kerja.

Then, bila AirAsia buat promo bulan 3, saye terus bagitahu soulmate nak book. Masa check harga masih RM20+. Tapi soulmate suruh call adik dia n ajak pegi sekali. So dalam mase nak tunggu persetujuan tu, harga tiket dah naik tapi sebab nak pergi jugak, saye book jugalah. Harga promo dari RM29, dan harga yang kami dapat pergi RM94/org dan balik RM25/org. Tapi bila dah campur tax semua dalam RM1.2K. Berbaloilah. Kalau RM1200 tu naik Mas takat pi KK ajerlah.

Kemudian, tiba masa untuk cari hotel pulak. Adelah 2-3 hari dihabiskan survey hotel ape patut diambil, dah ler kat negara luar pulak tu. Tapi alhamdulillah ade banyak blog cerita pasal honeymoon kat Krabi dan bagi review hotel dan makanan di sana. Bila dikatakan Krabi ni tempat muslim ramai jadi ade rasa secure sikitlah. Survey punya survey lalu pergi book melalui sawadee.com. Itupun satu hal jugak sebab kebanyakan hotel di sana amat strict, Along mesti ambil bilik lain, tak boleh stay dalam bilik yang sama. Banyak jugak hotel yang saye emel dan semua minta saye amek 3 bilik. Huih tak mampu la. Dilema sungguh bila Along baru masuk 12 tahun dan dikira dewasa, tapi Fahim pula mmg baby (panda) tapi dikira child. Last-last dapat Aonang Palace Resort, dengan harga RM170 sebilik dgn extra bed dan breakfast sekali. Aonang Palace ni resort 3 bintang aje tapi itulah hotel yang dekat dengan pantai (setelah survey google maps), dan dekat dengan kedai makan. Lagipun dialah hotel murah, nak murah lagi bed n breakfast, mmg tak sesuai untuk famili. Nak murah lagi jauh pulak kat pekan Krabi atau celah2 atas bukit nun. Maklumler travel dengan budak2 ni ada banyak benda kena consider. Buatnya dia meragam kat negeri orang ape pun tokleh buat nanti :).

Alhamdulillah juga, sebab urusan paspot takde masalah, dan takde blacklist mane2 loan. Maka berlepaslah kami ke negara jiran dengan berbekalkan duit sebulan gaji (untuk perbelanjaan sefamili). Kalau trip bujang dan pandai bajet (ie semua aktiviti beli & nego sendiri) bawak RM500 boleh lepaslah dalam 3-4 hari.Kalau jenis suka shopping souvenirs, bawaklah lebih. Tapi disebabkan Krabi ni adalah tempat pelancongan yang kurang padat berbanding Phuket atau Koh Samui, tak banyak cenderamata pun yang boleh dibeli melainkan t shirt dan keychain serta beberapa barangan kraftangan Thai. 

Oh sebelum itu, kalau nak packing, pastikan anda membawa barangan stended ke pulau iaitu sunblock, topi, sunglasses dan pakaian mandi. Kalau nak trekking bawa pakaian sesuai dan insect repellent. Makanan mcm packed or canned food pun boleh bawa, sebab makanan kat sana mungkin tak memenuhi selera kamu semua dan air pun takde air milo ke coklat ke. Dia banyak jual air buah jer. Oh jangan risau, Starbucks, McD, KFC, Black Canyon sume ade tapi tak confident nak jejak :p



Krabi adelah daerah besar yang ade tanda 'A' tu. Phuket kat sebelah kiri Krabi, dan Langkawi adalah pulau yang ade dekat bahagian bawah map. Krabi - Langkawi macam KL - Penang.
Kawan dan keluarga yang risau kami bercuti ke Krabi tak perlu risau kerana Bangkok yang banjir tu macam Johor - Bukit Kayu Hitam dari Krabi :)

Inilah kawasan pulau2 eksotik dan taman negara yang sesuai untuk island hopping dan snorkeling. Pergi ke Krabi atau Phuket, anda akan island hopping ke tempat yang sama - Phi Phi Island/ Phang Nga/Krabi Four Islands. 

Inilah Ao Nang, bandar kecil di Krabi. Inilah tempat tumpuan pelancong selain Koh Lanta. Cuba cari resort kami kat mana :)


Ha.. ini baru first post pasal perancangan percutian ke Krabi Thailand. Esok saye cerita pula pasal aktiviti yang kami sertai dan juga pasal hotel dan kedai makanan yang ada di sana.

Daaaaaa!!!

4 comments:

  1. cepat..cepat...lama dah wan tak buka citer pasal percutian...

    ReplyDelete
  2. ala Nurul, sebenarnya mmg lama tak kerap tulis blog :(

    ReplyDelete
  3. tuh ler pasal...sangat jarang wan bercerita skang nih...

    ReplyDelete
  4. hehe nurul, keje gile sekarang ni. jadi bila cuti, cuti puas2. hehehe

    ReplyDelete