Pages

28 November 2011

One Night Stand... err Stay!


Salam readers! Jangan terkejut eh tajuk tu, kalau auto correct kat handphone jadi camtu ler..

Sebenarnya nak cerita pasal dua "one-night holiday" minggu lepas, ihsan kerajaan malaysia. Bagus kan.. walau laki tak kaya bisnis masih boleh dok hotel berbintang2 free.. Tapi tak semua ministry buat camtu. Dan tak semua bahagian dalam department dapat priority camtu. Huhuhu nasib badan ler kalau menteri dah sayang kan.

First, ke Hyatt Regency Kuantan. Adelah fav hotel di Kuantan selain Swiss Garden, kerana Teluk Cempedak. Ministry bagi Anugerah Pemimpin Terunggul kat Sultan Pahang. Political gain la, lepas teruk kena belasah pasal lembu. Stand dia clear, itu bisnes hasben n anak dia, bukan bisnes dia. Tapi kakitangan kerajaan macam aku kena declare lak kalau ada bisnes luar, atau family ada bisnes luar kan. Heh.. Malaysia meh.

Sambung balik. Ingatkan boleh mandi manda, sekali cuaca sangat buruk la jadi semua patrons tak dibenarkan pergi ke pantai. Memang ombak kuat giler... bebudak mandi pool sajo. Rugilah pergi.. wekk. Tapi yang best adalah dapat makan di kedai kegemaran kami, Affa Steamboat n Chicken Rise. Memang kalau pergi Kuantan kami akan singgah kedai ni, dia dekat blok2 kedai sebelah Hotel Seri Malaysia. Makanan dia memang sangat sedap dan harga sangat murah. Bayangkan ler, steamboat 2 orang makan, RM17/person, ada mee dan bihun, ada sepinggan besar seafood dan sepinggan besar sayur2 dan balls (chicken, crab, sotong dll). Ada wantan lagi sebakul. Pinggan oblong lak tu. Sangat berbaloi berbanding Johnny's yang mahal n bagi cendawan straw jek kan. :) Kalau gi Kuantan, tolonglah singgah kedai tu n rasa sendiri kesedapan dia.



Oh, lagi dua kedai feberet iaitu Ana Ikan Bakar Petai dengan kedai sata takyah singgah dah. Pasal Ana Ikan Bakar Petai dah dibuka kat Bangi. Ngehehehehe.

Esoknya bila balik ke Bangi, dapat lak offer bilik di Prince Hotels. Aku ingatkan nak berkemas untuk holiday tapi Fahim merengek nak tido hotel... huhu jom ler. Dapat lak 2 bilik.. pergh gile enjoy la anak2ku yang berdua itu. Tapi yang tak best nya, si dsaj buat program dengan bebudak tahfiz. N jemput entah budak tahfiz ceruk mana, diorang jakun ler sampai ke hotel. Dari mula aku sampai dan bertembung dengan diorang main lif. Bila dah dekat bilik main call2 bilik orang n tekan2 loceng. Lepas tu merokok lak.. Adoyai.. malu betul jumpa orang macam ni. Adab sangat penting tahu.. belajar agama tapi tak belajar adab n menghormati orang lain, FAIL. Sampai bila aku jawab call n kata nak panggil security ke bilik diorang, baru diorang stop calling. Haih ape perangai lah.

Ishk mengantuk la pulak. Sambung esok la ek. Daaa!

0 comments:

Post a Comment