09 August 2011

Ramadhan al Kareem, bulan berkat untuk memulakan sesuatu! OK. nak mengajar buat pavlova lak.

Alhamdulillah, masih bernyawa dan masih dapat menyambut bulan yang mulia di antara semua bulan. Ada ke yang tak puasa hari ni? Tak puasa bersebab takpe ye, jangan tak puasa sebab tak larat, tadi tak sahur, memang nak kena ikat kat tiang lampu isyarat nih!

OK, sementara kerja berlambak, dan kad raya baru 4 keping yang siap, apa kata kita break sekejap dan bercerita pasal masakan pulak. Especially, kek. Hmmmm... bestnyer. Terbayangkah bau kek yang masih dibakar dalam oven ... dan kalau topping tu stroberi merah bulat2... mengiurkan laaa sangat kan.

Takpe, sebenarnya makcik nak share satu resepi yang baru nak cuba petang ni (ceh.. ingat dah pandai buat sangat kan?). Resepi PAVLOVA! Ape kebenda pavlova tu? Nak tengok gambar.. jangan jilat skrin komputer udah le yop.. makcik tak tanggung!


Pavlova adalah sejenis manisan atau kek, yang manisssss, rasa keping2 kerak yang manis tapi isi dalam lembut je. Ada orang buat kek, ada orang jadikan biskut, ada yang buat jadi lapisan2, ada lemon meringue.. macam2 lagilah.

Daripada video yang makcik dah telaah tadi, gini ler lebih kurang cara membuat pavlova yang simple:-

Kamu perlukan putih telur daripada 4 biji telur gred A.. lebih afdal kalau dapat telur omega ke.. Biar besar2 telurnya. Telur putih aje tahu, yang kuning simpan lah untuk buat butter prawn. Lepas tu gula castor dalam 200gm. Kalau ada gula biasa je, silalah tumbuk ke blend kasi halusssss je. Kemudian setengah sudu teh ekstrak vanilla, setengah sudu teh tepung jagung dan satu sudu cuka putih. 5 aje bahan pavlovanya, bahan untuk topping lain cerita haa.

Bila semua bahan dah cukup, bolehlah mula mengadun ye. Pukul putih telur sampai kembang sekembang2nya. Agak2 dah kembang masukkan gula castor sesudu demi sesudu sampai habis. Ini untuk mengelakkan gula tak sebati dan adunan tu rasa berketul2 gulanya. Pukul pukul dan pukullah sampai lebam.. eh kembang. Last sekali masukkan ekstrak vanilla dengan cuka putih dan tepung jagung. 

Dalam talam atau dulang yang dah dilapik kertas minyak, letakkan adunan tadi dan bentukkan ikut suka. Nak buat kecik2 besar biskut merie pun boleh, nak besar gedabak pun boleh. Bakar dalam 60-70 minit dalam suhu sederhana sebab kita taknak dia keras sgt kat luar dan coklat2.. pavlova yang cantik mesti kaler pale cream... kalau dah coklat kehitaman tu ... ehem paham2 ajelah deknon. Biarkan sejuk sekejap dalam oven sebelum dikeluarkan.. dan hiaskan dengan whipped cream dan buah2an sebelum menghidang.. Takut pavlova tu lembekkk karang. Buah2an tu kalau boleh jgn yang manis2 sgt.. kiwi, stoberi n raspberi sesuai la.

Selamat mencuba... Kalau jadi bagi lah sikit. :p Daaaa~~


3 comments:

  1. tak aci letak gambar gugel.. sila letak gambar hasil tangan kak wan.. ekeke.. ;p

    ReplyDelete
  2. have u try it? macam besh jer..ngehehe

    ReplyDelete
  3. Wan...teringin nak try buat...tapi bila fikir yang manis sgt...alamak...terbantutlah pulak...apa2 pun memang mengiurkan Pavlova tu...hehehe

    ReplyDelete