Pages

23 June 2011

Semuanya Gara-Gara Kelab Taat Suami

Adoyai, lepas satu, satu permasalahan semasa Islam di Malaysia. Kahwin lari lah, buang anak lah, murtad lah, makanan tak halal lah, sekarang Kelab Taat Suami pulak. Ada yang sokong, ada juga mencemuh, termasuklah saya. Entah apa rasionalnya sampai perlu sangat diwujudkan kelab ini tak tahulah. Jadinya saya cuba juga untuk 'put myself in her/their shoes' untuk cuba bayangkan apakah kebaikan isteri layan suami di bilik tidur macam pelacur first class.


Isteri Yang Bangkang

  • memang tak boleh belah idea ni, saya taknak dilihat dan dilayan sebagai pelacur walaupun first class. lepas dotdotdot bayar duit boleh belah tanpa ada tanggungjawab. 
  • diorang ni tak sedar2 lagi ke suami cari lain atas banyak faktor, bukan layanan $eks semata. kalau kau layan dia first class tertonggeng2 pun tapi badan menggerutu rambut serabai mulut macam tongkeng ayam pun takde selera nye senah! kalau dia buat pun sambil bayang body angelina jolie tak ke kesiannnn kat kamu!

Jangan salahkan gambar ni... 

  • saya berpendapat tak salah ada kelab taat suami tapi jangan jadikan $eks sebagai objektif utama. Esok dalam visi dan misi kelab ada pula 'mendidik supaya semua isteri tahu memberi layanan $eks sebagaimana seorang pelacur melayan pelanggannya'. Hodoh benar bunyinya. Dan tak dapat dibayangkan kalau ada kursus melayan suami punya silibus, mungkin pole dancing dan semua teknik dalam buku kamasutra. Gerenti tenaga pengajar jenuh nak mengadap. Kalau peserta cantik2 takpe jugak kan? Hahahaha



Orang Berbisnis
  • Saya sangat untung sekarang. Mak Mak Aji dan makcik-makcik kat kampung tu yang beli bra pun segan silu merah muka mula pandai surf kedai online untuk beli kinky lingerie untuk mentransform diri mereka jadi pelacur first class. Jangan risau, pelanggan dirahsiakan dan masa pos tu saya akan balut elok2! 
  • Jangan risau, selain lingerie saya juga ada jual tali pinggang, pengikat dan pelbagai $ex toys yang hebat2. Ada manual dan ada warranty lagi! Mesti makcik makcik semua suka, dan pakcik pakcik juga tersenyum ria.
  • Disclaimer: yours truly takde stok bahan2 atas ni dan tak pernah guna pun. I just use the right keyword and pak google will do the magic! 
  • Kalau pakcik telan viagra untuk tahan lama, saya juga ada viagra untuk perempuan. Tak ada side effect punya, saya janji, saya tak jual ubat tak elok punya. Beli online boleh juga kalau malu!


Suami Yg Kata Isteri Buang Tebiat
  • Kot iye pun nak taat, pi ikutkan kata bekas pengikut arqam tu buat apa. Dah takde keje lain aje ha, asik nak mengekor ke hulu ke hilir. Aku nak ke masjid pun dia nak ikut padahal anak kecik kat rumah nak dijaga dek sapa.
  • Kalau tak best, boleh langgan 'pelacur' lain pulak lepas ni?


Entahlah. Merepek aje kan. Itulah melayu mundur, ekonomi pun bangsa asing yang kuasai. Asek pikir pasal bilik tidur, hal dalam kelambu, ubat tahan lama. Tengok la kat suratkhabar harian metro paling kurang, berapa banyak iklan pasal itu aje yang dipampangkan. 

Dah lah, nak start surf kedai online ni... cari.. eh.. bukan! Cari kasutlah, gaji dah nak masuk ni. Korang niiii!

4 comments:

  1. hahaha jgn lupa beli nursing uniform kak wan kekekeke

    ReplyDelete
  2. ahahaha..memang kenyataan yang tak sepatutnya. Kenapalah tak samakan dengan pekerjaan yg lebih halal dan diredhai ALLAH? adui..tapi yang pastinya, i wont surf for any shop that sell those things...ahaha...kemal**n wei...

    ReplyDelete
  3. chuya, nursing sepasang, cute devil sepasang.. melompat2 la diorang kang.. hahaha

    nurul, ye, sepatutnya org yg lebih 'beragama' ni cakap berlapik lagilah daripada kita yang tak tahu apa2 ni..

    ReplyDelete
  4. Hahaha...macam2 sekarang ye wan... yang penting iman di dada... jgn harapkan yang isteri je jadi taat...tapi suami pun ada tanggungjawab sendiri...

    ReplyDelete