Som, aku ingatkan lengkuas Som.
Haa.. tahu tak dari mana dialog tu? Itu adalah dialog kumpulan Sepah dalam ML, bila dia hiris kaki Som sebab dia ingat tu lengkuas. Berdarah2 kaki Cek Som tau. Tahniah kumpulah Sepah kerana berjaya menjulang trofi Juara Maharaja Lawak, membuktikan mereka adalah yang terbaik antara yang terbaik. Dek kerana tiada astro warna, boikot sebab astro servis perkhidmatan teruk (tapi langgan astro first?!) jadinya kami berpeluang menonton ML akhir pada malam Sabtu. Thanks guatv.com kerana memahami keperluan kami dan mengupload video ML ke internet.
Nak share kat sini, lirik lagu yang kumpulan Sepah nyanyi dalam persembahan terakhir mereka. Kelassss. I veri der loike.
Sebenarnya sejak dua menjak ini yours truly rajin berkraftangan pulak. Kalau minggu lepas asyik bermain dengan fabrik, minggu ni kembali kepada scrapbooking - buat kad dan bookmark. Rajinnya membawa sampai ubah layout blog scrapping di sini. OK ke tak OK macam tu? Tapi macam biasa kaler itu juga yang dipilih. :)
Blog yang ini biarlah macam ni buat sementara waktu. Buat benda lain dulu yang berderet dalam list-to-do baru boleh buat benda lain-lain kan?

Wan...peminat Sepah ke? Adoyai... mau kejung perut gelakkan diorang tu...
ReplyDelete