15 May 2011

Myringoplusty aka gegendang telinga bocor

Kerja-kerja pejabat terpaksa ditinggalkan atas urusan keluarga minggu ini. Kali ini kerana my other half masuk Hospital Serdang utk operation kerana myringoplusty. seperti tajuk kat atas, myringoplusty (however you pronounce the term I don't care 'cause I don't know either) adalah keadaan di mana gegendang telinga bocor atas bermacam sebab. They suspected that his IPSC activities were the cause tapi rasanya masa kat Mindef lagi mmg dah bocor. huhu tak tahulah tapi rasanya ramai juga yang ada penyakit ni terutamanya kanak2.
nombor menunggu wad

OK, we thought datang ke HS pagi itu (11/5) utk check in ward aje. Rupanya kena pergi jumpa pakar ENT dulu. Dari pukul 8.30pg sampailah ke tengahari menunggu sampai dah mengantuk2. Tapi memandangkan kami punya queue adalah untuk kemasukan wad, makanya kami tak ambil nombor di klinik THT, terus jumpa pakar. Dr. Khadijah is a very helpful person yang menjawab segala pertanyaan dengan sabar dan tak marah2 macam doktor kat A&E. Dia terangkan prosedur pre n post surgery dan my other half sign borang kebenaran.
wad 6A bilik 27 - his lucky number i guess
bilik super besar tapi tilam nipis n bantal satu je.. wahaha kau ingat ni hotel?!

Kembali ke kaunter kemasukan wad, kami terpaksa menunggu utk urusan sebab wad kelas 1 penuh. Jadi alternatifnya wad kelas 3 tapi bilik seorang. Eh, tak pernah tahu pun ada. Pergi je ke wad tu, memang terkejut sebab bilik dia besar.. lagi besar dari bilik seorang di mana2 hospital swasta berdekatan. Tapi bilik ajelah besar, TV takde! Haha takpelah. Ade ipad smartphone netbook segala takkan tak reti buka entertainment sendiri kan. So lepas check in tu aku tinggalkan dia sebab kena masuk ofis.

first dinner kat spital.. aku tak lalu makan. dia ratah ikan je.

The next morning, aku ingat mahu masuk ofis je then dalam tengahari baru ke hospital. Tapi nampak gaya kena cutilah sebab doktor suruh standby dari pukul 10pagi. So pagi2 dah sampai hospital tgk si dia kelaparan pula sebab dah start puasa. Tgk dia puasa aku pun tak jadi makan egg mcmuffin. Dalam 11+, nurse datang sorong katil menandakan masanya dah tiba.
nurse praktikal msu amek darah.. membazir darah wooo sampai kena marah dgn doktor.
tapi kalau tak buat, bila masa nak pandai ye tak? :D

And so the 3.3 hours of waiting. Takut nak turun kafe sebab nanti aku tak tahu dia dah ditolak keluar ke belum. Masa ini memang sangatlah penantian itu satu penyeksaan. Ade pikir macam2, sebab doktor kata simple procedure tapi apsal la lama sangat nih. Bila dia ditolak tu, adoyai baru datang rasa lapar, rasa nak pee, semua rasa ade sebab lama sangat menunggu. Huhuhuhu

Setiap pembedahan dengan bius am kompom tak sedar, mamai n pening, added value kalau muntah. Aku tahu sebab aku pernah rasa. So dalam masa sejam lepas keluar dari OT, muntah segala dia nih. Haruuuuu! Seb baiklah time dia muntah tu senior officials ofis dia melawat, then nurse2 gigih tolong segala macam benda termasuk lapkan muntah n tukar bedsheet. Which is not the case masa aku kat HK, whereby semua buat sendiri n muntah pun bagi mangkuk je, lain2 lap sendiri. Fuhh.

sejam lepas keluar ot
Lama kelamaan kesan bius hilang dan dia pun beransur sedar. Kena paksa2 jugak sebab dok malas.. macam selalu malas makan ubat dll. Nak keluar wad cepat tapi taknak bangun duduk makan minum. Isk. Yang sadis sebab belum recover dari ops maka malam tu kena meneman dalam wad. Kesian kat Fahim malam tu tidor tanpa ibu dan papa. First time wooo. itu pun balik main2 dengan dia sampai pukul 10+ sambil tgk movie dan kemudian 'tipu sunat', berkejar balik ke hospital.

Esoknya kena EL lagi. Tapi harap sangatlah dapat keluar hospital sebab .. 1) bosan dok wad  2) bosan gaduh dgn pakgad  2) rindu fahim

Dan dapat keluar wad jugak hari tu, berbekalkan sebakul nasihat dan pantang dari nurse dan doktor. Ingatkan mudah aje operation ni, tapi rupanya banyak pantang bila melibatkan telinga ni. Iyelah, 'kulit' ditampal dalam lubang telinga, dan telinga pula mengawal keseimbangan badan. Langsung tak boleh pressure sepanjang 2 minggu ni utk pastikan pembedahan berjaya. Pembedahan ni berjaya bila graf (kulit ditampal) tu lekat, dan pesakit tak boleh naik kapal terbang, berenang, skuba, naik tempat tinggi yg boleh buat telinga berdengung, bersih batuk kena buka mulut, makanan yg elergik tokleh makan.. fuhh list panjang giler. Hopefully penat2 dok wad n dibius bagai takdelah sampai graf tu tercabut. Tapi tak tahulah... aku menjaga, yang kena operatenya orang lain yg takde pantang.

rose bouquet besar gile yang diberi dek menteri wanita.. pergh!!

OK sekarang dah bertambah pengetahuan pasal penyakit dalam family. Ectopic stroke thalassemia  myringoplusty. Harap takde lagilah lepas ni. :)

2 comments:

  1. AlhamdulilLah, speedy recovery Inshallah.

    ReplyDelete
  2. smoga lekas smbuh dan keadaan kembali normal.. insyallah..

    ReplyDelete