Pages

01 March 2011

Belajar Sesuatu Yang Baru Adalah Tidak Merugikan

Sejak kenal Ben, saya adalah sedikit bangga menulis entri dalam BM walaupun tujuan menulis dalam BI adalah untuk memperbaiki tulisan saya. Iyelah, dah tak duduk dalam environment yang berbahasa inggeris sentiasa, kenalah membaca dan menulis utk kekalkan ilmu kan. Sedikit saje bangganya, sebab ayat BM selalu menyimpang dari apa yang dimaksudkan. huhu  Jenuh nak memikir ayat supaya tak menyimpang dari maksud awal nih. Haha

Aku (tadi saya, ni aku pulak dah)  rasa aku ada cukup ilmu di dada dalam hal surat-menyurat ni. Maklum ler, dulu kan pembantu tadbir aka kerani aka pembantu peribadi. Tulis surat sehelai tak sampai 5 minit. Apa lagi proposal ke ape, semua format ada dalam harddisk. Medium kami dulu omputih. Ayat pon bombastic semacam ler. 

Tapi itu dulu, 7 tahun lepas. Sejak jadi programmer ni mana ada tulis surat ke memo ke apa. Guna emel aje semua, asalkan black n white dah cukup. Margin ke format salah ke ape lantakkan. Takde sape kesah nya. 

Tapi sekarang ni kerja dah kena asyik keluarkan surat, memo dll. Makanya kenalah mengarang balik. Alahai mengarang isi blog takde hal ler, bukan ada format and restrictions. But when it comes to writing in Malay, alamak... memang ayat aku out! Actually kesnya gini, aku ada draf satu surat panggil meeting dan aku push bos sign surat tu cepat. Bos call balik sambil gelak2. Aku tak kesahlah ape maksud di sebalik gelak dia tapi yang pasti, skill utk tulis surat n memo kena polish balik. Bila diterangkan dek bos, betul jugaklah. Ayat dah ler tergantung, isi surat tak sama macam tajuk. Kehkehkeh gelak aku bila baca balik. Dan bos pun ajar satu satu format surat yg selalu bos besar pakai dll. Belajar....... tak kisahlah bos gelak. Janji saya belajar benda baru hari ni. 

Lagi satu benda baru yang aku belajar sekarang ialah kontrol depan orang. Kontrol marah n muka relax suci sentiasa. Kalau dulu, semua mesti ikut kepala aku, tak puas hati, aku pancung saje. Kali ni tak boleh marah sebarangan, kalau bengang pun lepaskan semua time lunch, tanya geng2 lain macam mana pengalaman kerja baru ni. Walaupun diorang muda n baru kerja tapi diorang berpengalaman jugaklah dalam bebenda gini. Tak perlu segan silu bertanya sebab nanti kita yang rugi. Benda2 kecik yang boleh ditolak ke tepi, ditolak ke tepi. Kena screw dgn user pun happy lagilah sebab sudah berpikiran positif. Dan dek kerana berpikiran positif juga, esoknya user call balik n cakap elok2 bila dia dah tahu keadaan sebenar. Kan... tak rugi.

Tadi berkumpulnya anak buah aku kata, "Korang ni lemak2 takpe.. jangan sampai kak ina naik angin sudah. L.. dah dengar camne kak ina ni naik hangin. Masak korang nanti". Tapi hope takdelah sampai naik angin kan. Cuma kengkadang tensen terlebih dah bila orang tak paham kita saje.


Takpelah. Merangkak, berjalan dan berlari. Step2 yang sama untuk memahirkan diri dalam bidang baru. Moga lebih maju, lebih semangat dan lebih sabar melangsaikan tugas2 yang diamanahkan. 



ps: berbalik pada surat tadi, takde ayat 'tuan diwajibkan hadir ke mesyuarat ini'. surat panggilan meeting tapi takde ayat ni kan ke tak sah. macam nikah tapi takda saksi. hehehhe

2 comments:

  1. ahahaha..macam teringin lak nak baca surat yg wan buat tuh. Tapi betul lah, nak belajar tak perlu malu bertanya kan?

    ReplyDelete
  2. kena gelak takpe jgn kena marah.. ;p

    kdg2 lagi byk kita belajar, kita realise yg lagi byk kita tak tahu.. kan.. :)

    ReplyDelete