Bio: Cik Temah adalah seorang wanita berkerjaya yang menginap di bandar metropolitan. Sepanjang hidupnya, pelbagai liku-liku kehidupan telah dirasai menjadikan Cik Temah seorang yang kental semangatnya. Bermula pada asalnya hanya memberi nasihat di forum tempatan, kini Cik Temah dikenali ramai kerana nasihat rumah tangganya yang berbisa tetapi benar.
_________________________________________________________
Cik Temah takdelah perfect sangat adanya, tapi setakat nak menasihatkan orang tu bolehlah. Mula2 Cik Temah ingatkan nasihat Cik Temah ni takde yang mengikut, tapi makin lama makin banyak pula emel yang Cik Temah terima berkenaan masalah kekeluargaan ni.
Baru-baru ni Cik Temah terima emel daripada seorang Hamba Allah yang mengadu akan masalah suaminya. Cik Temah balaslah secara ringkas dan padat. Tapi makin banyak pula masalah yang diceritakan dalam emel-emel susulan wanita ini.
Bukannya apa, kalau setakat minta nasihat dan meluahkan perasaan bagi mengelakkan tekanan perasaan tu Cik Temah tak kisah sangat, Cik Temah seboleh-bolehnya akan membantu mana yang boleh. Tapi kalau dah bersiri-siri emelnya, membuatkan Cik Temah terfikir akan karektor sebenar wanita ini. Dan macam melepas geram dan memburukkan suaminya pula. Berjela-jela cerita pasal suaminya ditulis dan semuanya buruk-buruk belaka. Lagipun ini cerita sebelah pihak sahaja, Cik Temah tak bolehlah percaya bulat-bulat ceritanya.
Pada Cik Temah, kadang-kala kita perempuan ni ada masa-masa yang memang beremosi. Tapi janganlah menyalahkan PMS dll bagi menghalalkan perkataan-perkataan kurang manis ni, apatah lagi di khalayak ramai. Gerak geri kita diperhatikan, depan memanglah nampak menyokong penuh tapi di belakang kita mereka mengumpat mencerca siapa yang tahu? Banyakkan beristighfar dan bertenang dulu, yang penting berusaha membetulkan apa yang salah.
Berbalik pada wanita ini, Cik Temah menasihatkan supaya beliau bersabar dan bertenang. Tak ada manusia yang kamil di dunia ini kecuali junjungan besar Muhammad saw. Daripada menuding satu pihak sahaja, baiklah kedua-duanya membetulkan kesilapan masing-masing dan berusaha membahagiakan pasangan. Itulah dugaan berumahtangga, dan kerana itulah berkahwin menyempurnakan sebahagian daripada iman. Dua insan yang berbeza latar belakang, berbeza jantina, berbeza minat dan hobi, tetapi disatukan dengan satu ikatan yang suci. Belajar memahami, menerima kelebihan dan kekurangan, berkongsi kasih sayang dan pelbagai lagi. Jangan bandingkan dengan orang lain lah, semua rumah tangga akan mempunyai masalah, cuma cara kita menghadapinya sahaja yang berbeza. Dan kalau salah caranya.... entahlah.
Dan Cik Temah balas satu ayat yang akan Cik Temah guna setiap kali membalas emel-emel sebegini, 'what you give, you'll get back'. Pengalaman lalu tidak boleh dipadam, tapi boleh dijadikan pengajaran untuk menjadikan kita lebih dewasa dan lebih matang menghadapi masalah-masalah kehidupan.
Lepas Cik Temah tulis macam tu, dia takde lagi balas emel Cik Temah. Takpelah, anggap semuanya selesai secara baik. Tak mahulah Cik Temah tengok setan-setan bersorak lagi, cukuplah setan sekarang masuk radio nyanyi lagu jangan dekat-dekat Ana Raffali tu. Kan?
ahahaha..aper lak jangan dekat-dekat..sabor jer la. hebat lah che temah nih. Nanti kalo ada masalah I pun nak bg emel kat che temah gak :D
ReplyDeleteHahahah... tak boleh blah dgn statement "yang berbisa tetapi benar".... teruskan usaha murni mu itu cik temah...
ReplyDelete