Semalam. Pergi lapor diri kat JPA. Ada banyak nasihat, ada banyak omong-omong kosong juga. Pergi tunaikan harapan, hasrat kamu sebelum hempuk harapan palsu kat bahu kami. Tapi kalau berjaya Alhamdulillah.
Semalam, nampak satu dua muka. Abaikan. Kenal satu dua nama. Pun abaikan. Tak beri signifikasi pada hidup aku.Tapi semalam dapat kawan-kawan baru. Tapi kesian pula, setakat tu aje mampu aku tolong. Harap mereka pandai bawa diri dan belajar berdikari.
Semalam, semuanya lama. Kecuali satu. Kerja baru. Harapan berkecai. Tapi takpe, amek positif aje. Kalau dapat ofis baru tapi jumpa musuh lama macam mana? Tak senang jugak hidup adanya.
Kadang kala hidup boleh jadi sangat membosankan.
Dan kadang kala hidup boleh jadi macam dalam syurga (macamlah kita pernah ada kat situ!)
Tapi kena ingatkan pada diri sendiri, yang penting sila utamakan. Yang picisan boleh tolak tepi. Yang sampah boleh terus humban dalam tong sampah hitam tu.
Tapi....
Eii banyak tapinya budak ini. Buat teruslah! Bertindak!
Ehh blog ni lawan tokeh pulak. Aku tulis, kau pamerkan aje. Jangan ulas²!
Hmm.. tapi mungkin sebab sekarang emo. Kena tapis tapis benda² negatif yang berselirat di kiri kanan depan belakang. Kena ulang baca La Tahzan balik. Kena repeat Diari Sufi balik.
Dah. Kemas meja sekarang!
0 comments:
Post a Comment