11 April 2013

Happy Birth Month Lil Princess!

Semalam... Faleesya genap 8 bulan. Ah... lupa pulak. Patutlah macam2 hal jadi semalam. Lupa mahu timbang la... ish.




07 April 2013

kena betulkan mentaliti dulu..

Salam. Lama dah tak update blog sbb bz keje. Nak cerita macam2 tapi masa mmg takda. Cerita Faleesya masuk wad, cerita pergi Sabah.. cerita ofis.. macam2lah. Takpa.. nanti backdate lah.
 
Sekarang.. tetiba nak cerita pasal mentaliti orang. Kita tak boleh nak ubah mentaliti dan persepsi orang mengenai sesuatu, sebab mungkin dia berada dalam environment yang langsung tak sama dengan kita. Tapi kita at least boleh bagi pendapat.. untuk dia baca. Kalau dia tak nak baca pun takpa.
 
Cerita pasal harga kereta.
 
Kita semua tahu harga keta Malaysia mahal sket. Bacalah dan tahu kenapa harganya mahal sikit. Jadi bila ada usaha untuk turunkan harga kereta, baguslah kan?
 
Masalahnya, aku jaki sangat bila ada orang2 yang bermentaliti kolot dan pendapat macam budak-budak tak  habis sekolah...
 
- habislah.. bila kereta murah, makin banyak kereta kat jalan.. lagilah jam
- habislah.. makin banyak eksiden la lepas ni
 
WT..??
 
Bagi aku, ramai orang kebanyakan memang nak beli kereta best (RM150K - RM300K), tapi duit memang tak cukup. Jadi kereta apa aje yang boleh dibeli? Kereta nasional dan kereta biasa-biasa aja kan? Aku beli blm bukan sebab nak sangat pakai, tapi loan gomen kalau efek  kat slip gaji sangatlah tak cantik... Lagipun perlukan second car dan duit dah habis kat hutang kereta rumah loan pendidikan dll.  Dari segi kualiti, BLM yang aku dapat tu macam2 problem ada. Dari gear sampai ke lampu akuarium tu... Bukan tak komplen tapi tahulah customer service proton camna kan. Kita terpaksa compromise kualiti sebab kekangan.
 
Jadi, kalau kereta murah, kita boleh beli kereta yang tentu2 best kualitinya. Brek emergency kompom x berdentum langgar orang jugak kan. Brek tentu tak tergelincir, terbabas bagai. Auto window mesti takkan problem walau anak kau masuk kereta aje main.. n berpuluh2 kali buka tutup tingkap sbb lalu tol pakai touch n go. Tentu ramai yg boleh beli mpv... dari bersesak2 dalam perodua. Lepas tu bila eksiden kita pun pelik kenapa ada 7-8 orang mangsa dalam tu. Muat ker? Takdelah aku nak mengata kereta nasional teruk sangat.. sebab kancil aku tahun '98 masih elok aje on the road.
 
Kita ada banyak pilihan utk pilih kereta yang bersesuaian dengan bajet. Dan dalam masa yang sama, kereta nasional kena compete dan upkan kualiti n customer service dia sekali. Tgk preve.. aku rasa preve tu mcm baguslah. So far alhamdulillah aku tak pernah lagi kena cust service yg haprak kecuali proton tu.
 
Aku harap.... harga kereta yang murah lepas ni, jangan jadi macam kes gula. Subsidi gula dikurangkan tapi yang kena rakyat jelata.. bukan pengilang gula yg dah tentu kaya raya dan ada beberapa kerat aje dalam malaysia ni. Aku takut kereta mmg murah tapi tol lagi mahal ke... road tax lagi mahal ke... utk cover kemurahan tu.
 
Hope not lah. Aku tak sabar nak tukar bmw nih. Ngeee.
 
 
 
 

22 February 2013

Farhah Pula Masuk Asrama



3+ hours and finally Faleesya fell asleep in my arms. Kesian anak ibu ni, dah la batuk n selesema. Meragam n takmo makan n minum. Setiap kali feeding pun muntah kahak. Kasi ubat dah 2 hari macam belum lega. Esok atau lusa kalau teruk juga kena bawa check doktor semulalah. Masalahnya minggu depan kalendar Encik Picon dengan kalendar aku penuh. Alahai.. moga cepat sembuhlah bambam ye. 

Lagi kuruslah bambam lepas ni.

Alhamdulillah. Walaupun ditolak mentah2 permohonan MRSM dan SBP serta Yayasan Selangor, rezeki Aah untuk masuk asrama masih ada bila Encik Picon contact sana-sini dan dapatkan dia tempat di asrama SMK Damansara Utama. Itupun lepas beberapa karenah birokrasi n aku selaku orang kementerian pun tak tahu there's such a procedure and committee to change school between PPDs. 

So, this March 1st, off Aah to boarding school, leaving me and my 2 younger kids. Takde sape lah yang nak pegang Faleesya everytime aku ada benda nak buat. Ada, tapi si bambam ni suka pula dekat kakak dia. Dekat orang lain macam susah sikit je. Huhuhu

Work related, aku rase sangat terbeban. Tapi lepas tu baca motivasi2 dekat fb n blog2.. tekad nak habiskan kerja dulu. To finish what other people started. Kalau pergi pun nanti, tak susahkan orang dan sistem dah stabil.

Selamat berhujung minggu. Daa!